In need to find something?
Custom Search
Related Posts with Thumbnails

Tuesday, May 23, 2006

"Lelaki Komunis Terakhir" screening to MPs fails to convert anyone to Communism

Technorati tags: , , ,

The long-awaited screening of "Lelaki Komunis Terakhir" (The Last Communist) to Members of Parliament, and selected Members of the Press (i.e. the other MPs) took place at Finas last Sunday, May 21. Amir has posted a report from Bernama here.

From The Star. Image hosting by Photobucket

And guess what? No one converted to communism! No esctatic cries of "Down wtih Capitalist Imperialism!" or the like.

Were the MPs offended? Not Culture, Arts and Heritage Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim, or even Senator Datuk Jins Shamsuddin.

However,

“We will give our views if we are asked, but the decision on whether it should be aired is not up to this ministry. It is up to the Home Ministry,” said Dr Rais after viewing the 90-minute movie by young filmmaker Amir Muhammad.

So far, not a peep from Berita Harian, especially Akmal "I-wanna-rule-Finas" Abdullah. Similarly, neither Information Minister Datuk Zainuddin "Our-mentality-is-3rd-World-and-proud-of-it" Maidin has yet to make a statement (I wonder if he was present at the screening??), or Home Affairs Minister Datuk Seri Mohd Radzi "The-People-Have-Protested" Sheikh Ahmad. myAsylum cannot confirm this, but neither one of these gentlemen attended the screening (no surprise with Akmal Abdullah, though - ignorance is his blissful modus operandi).

One day late (today, Tuesday, May 23), Berita Harian has run an interview with Datuk Seri Dr Rais Yatim, which you can find at the very end of this post, untranslated, in its entirety. The gist is that the ball is now in the Home Affairs Ministry's court. The questions, however, were very pointed and somewhat leading - supporting the daily's stand, we suppose as iterated by Akmal Abdullah previously.

Rais, however, had this to say, answering the last question published (translation and comments by myAsylum):

Keadilan mesti wujud. Kalau di interview orang ini, orang ini pun perlu diinterview juga. Bila itu tidak berlaku, kementerian ini tidak boleh diamkan saja dan menyokong.

There needs to be fairness. If a particular party is interviewed, the other parties must be interviewed as well. If that doesn't happen, this ministry [presumably referring to the Home Ministry] shouldn't silently go ahead and support it [presumably, again, referring to the ban].

Way to go, Datuk Seri.

Interestingly enough, Utusan Malaysia chose not to report the screening (at least not on the online edition), but published this editorial instead (English translation & emphasis by myAsylum):

(In the full post)

Persepsi betul tentang filem (Correct perception of films)
Oleh/By: KU SEMAN KU HUSSAIN

KONTROVERSI paling hebat yang melanda sebuah filem alternatif, Lelaki Komunis Terakhir adalah satu petanda baik kepada industri filem tempatan. Kontroversi ini juga boleh dilihat sebagai kayu ukur kesedaran terhadap filem.

The great controversy facing an alternative film, "Lelaki Komunis Terakhir" is a good sign to the local film industry. This controversy can also be viewed as a measure of awareness towards film.

Tanpa mendebatkan mengarut atau tidak kontroversi tersebut, secara positif ada semacam kebimbangan apabila ada filem didakwa membawa nilai-nilai yang tidak baik. Alangkah baiknya kalau kebimbangan ini sebenarnya satu kesedaran?

Without debating the merit of the controversy, in a positive way there is a sort of worry when a film is accused of portraying negative values. Wouldn't it be nice if that worry were actually a realization?

Tentu lebih baik lagi kalau kesedaran terhadap filem-filem yang “tidak baik” ini datangnya daripada khalayak umum dan bukannya satu pihak yang mendakwa mewakili orang ramai.

It would have been better if this realization came from the public at large, and not from one party claiming to represent the public.

Tidak mengapalah, kita anggap saja bantahan terhadap filem itu datangnya daripada khalayak umum. Kita anggap juga mereka ini mempunyai satu tanggungjawab besar untuk membetulkan filem tempatan yang senget dan tempang sekarang ini.

Nevermind - we'll take it that the protest actually came from the public. We will also assume they have a big responsibility to correct local films that today are skewed and lame [myAsylum: for lack of a better translation].

Sebenarnya suatu yang sangat baik kalau khalayak mempunyai kesedaran terhadap filem yang mereka tonton. Mereka tentunya tidak akan memilih filem-filem yang “merosakkan” minda waima dilabelkan sebagai filem tempatan.

Actually, it would be a good thing if the general public did have an awareness pertaining to the films they watch. The would then surely not choose films that are damaging even though labelled as 'local film' [myAsylum: 'waima' means although, or even though - more Arabism creeping into the language].

Kita berharap malah berdoa selepas Lelaki Komunis Terakhir dipersoalkan tujuannya, selepas ini kita persoalkan juga sekian banyak filem-filem kita yang buruk di pawagam.

We hope, even pray, that after "Lelaki Komunis Terakhir"s motive has been questioned, we can then question the other bad/awful/hideous local films in the theaters.

Menonton atau membiarkan khalayak menonton karya-karya filem yang buruk memberikan kesan yang lebih buruk daripada Lelaki Komunis Terakhir. Nah, mulai sekarang penonton tempatan mesti memilih filem-filem yang tidak memusnahkan masa depan idealisme mereka.

Viewing, or even allowing the public to view, these bad/awful/hideous films has a far worse repercussion than "Lelaki Komunis Terakhir". Therefore, from now on, the local public must choose films that will not destroy the future of their idealism.

Bantahan terhadap Lelaki Komunis Terakhir diharap dilangsungkan terhadap filem-filem lain yang tidak mencapai piawaian untuk ditonton. Dalam keadaan kita menolak apa saja yang dikaitkan dengan komunis, kita yang menghuni sebuah negara semaju Malaysia, wajar juga menolak filem-filem jumud yang tidak setaraf dengan kemajuan kita.

It is hoped that the protest against "Lelaki Komunis Terakhir" will be extended to other films that are not fit for viewing. In as much as we reject anything having to do with communism, we who reside in a country as advanced as Malaysia, should also reject archaic films that are not at par with our development.

Filem tempatan bukan lagi filem yang menagih simpati. Kalau tidak baik, pinggirkan saja filem berkenaan. Penonton mesti menyedari bahawa mereka mendiami sebuah negara yang maju. Mereka bukan mendiami negara yang mundur seperti Vietnam atau Laos. Malah kedua-dua negara ini mempunyai selera filem yang jauh lebih tinggi.

Locally produced films are no longer films that crave sympathy. If the films are not good, ignore them. The audience must realize they live in an advanced nation. They do not live in a backward nation like Vietnam or Laos. In fact, these two countries have a better taste for films.

Penonton filem tempatan mesti sedar bahawa sudah lama mereka dijamu dengan hidangan yang tidak berkhasiat. Jangan kerana label filem tempatan, maka filem yang buruk pun mesti ditonton. Ingat, filem yang buruk juga sangat bahaya. Maka bijaksanalah gunakan kuasa sebagai penonton.

The local film audience must realize that for a long time, they have been served with an unhealthy spread. Just because a film is labelled "locally made" doesn't mean it must be seen, and therefore even the bad/awful/hideous films are watched. Remember, the bad/awful/hideous films are also dangerous. Therefore, use your choice of viewing wisely.

And the conclusion of the editorial? A local film must first be evaluated for content before being supported, and the evaluation must be against mindset damaging elements. Perhaps another version of the perosak bangsa (cultural destroyer) rhetoric?

The verdict from the MPs is pretty clear - the film is ok, and not dangerous, or disturbing, as certain biased quarters have claimed. The correct thing to do would be to rescind the ban. The right (as in right-wing; read: conservative) thing would be to give some lame-brained excuse, and uphold the ban.

So now we wait, again, this time from the Home Affairs Ministry.

The following is the full published online article from Berita Harian (untranslated):

Hak Radzi benarkan tayangan
Oleh Zainuri Misfar

Datuk Seri Dr Rais Yatim hanya mahu menyentuh mengenai aspek seni filem Lelaki Komunis Terakhir

MENTERI Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim enggan mengulas mengenai kandungan filem Lelaki Komunis Terakhir (LKT) kerana ia membabitkan soal keselamatan yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Bagaimanapun, melihat dari aspek seni dan cara pembikinannya, filem LKT dihasilkan oleh seorang yang sangat amatur dengan teknik sinematografinya kurang menarik selain membawa wawancara yang membawa gambaran kurang jelas atau kurang muktamad.

“Kuasa untuk menentukan sama ada ia ditayang atau tidak, bukanlah berada di kementerian ini tetapi berada di dalam Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, dan saya menyebut sebagai khusus iaitu jalan ceritanya tidaklah begitu kontroversi, dan tidak dapat saya lihat apa-apa hal yang mungkin menimbulkan kontroversi dari segi seni.

“Tetapi dari kandungan yang lain, kami tidak berhak untuk mengatakannya, dan oleh kerana semua telah melihat bagi kumpulan yang terhad itu, kita berharap ia tidak menjadi isu yang panjang lebar lagi,” katanya dalam sidang media selepas mempertontonkan filem LKT kepada beberapa ahli Parlimen di Kompleks Finas, Hulu Klang, Ahad lalu.

Berikut adalah sedutan jawapan daripada Dr Rais mengenai filem LKT:
Dr Rais: Seperti yang diberikan komitmen di Dewan Rakyat tempoh hari, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) mengaturkan tayangan terhad mengenai filem Lelaki Komunis Terakhir (LKT). Jadi saya bersama-sama dengan sekian ramai Ahli Parlimen melihat dan menontonnya selama kira-kira 90 minit.

Dari segi seni saya tidak bersetuju bahawa filem ini suatu persembahan mengandungi langkah seni atau persembahan yang seni terutama cara ia mengolah cerita itu. Kedua, saya dapati lebih baik filem ini dibuat dalam bentuk dokumentari, mungkin lebih menarik. Ketiga, semua fakta yang ditulis dalam filem itu, saya dapati boleh dibaca dalam buku mengenai Chin Peng yang dijual di kedai buku. Tidak ada fakta baru, tinggal lagi ada sedikit sebanyak mungkin kandungan tulisan di dalam filem itu atau wawancara yang membawa gambaran kurang jelas atau kurang muktamad bagi satu-satu pihak.

Bagi kementerian kami akan menyampaikan pandangan sekiranya diminta pihak tertentu, mengenai tayangan itu. Tinggal lagi kuasa menentukan sama ada ia ditayang atau tidak bukanlah berada di kementerian ini tetapi berada di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan saya menyebut sebagai khusus iaitu jalan ceritanya tidaklah begitu kontroversi, dan tidak dapat saya lihat apa-apa hal yang mungkin menimbulkan kontroversi dari segi seni.

Tetapi dari kandungan yang lain, kami tidak berhak untuk mengatakannya dan oleh kerana semua telah melihat bagi kumpulan yang terhad itu, kita berharap ia tidak menjadi isu yang panjang lebar lagi.

Soalan (S): Disebabkan ia memaparkan peribadi Chin Peng, adakah filem ini patut diharamkan?
Dr Rais: Dalam hal ini tidak ada soal peribadi. Sebab ia semua menjadi hak tontonan orang ramai. Undang-undang penayangan filem (sudah) sedemikian rupa. Walau apapun pandangan sebahagian atau seseorang, kata putus adalah oleh (Lembaga) Penapis Filem, dan ganjilnya sedikit, filem ini sudah dilulus penapis filem. Cuma di bawah Seksyen 26, Akta Penapisan Filem, Yang Berhormat Menteri (Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad) ada kuasa (menarik balik kelulusan). Mungkin beliau mempunyai alasan yang khusus, yang kami dari kementerian tidak dapat melihat atau menjelmakannya dalam hujah. Jadi itu adalah soalan yang sepatutnya diserahkan kepada beliau.

S: Datuk Seri menyokong dengan tindakan itu?
Dr Rais: Sokong menyokong tidak timbul. Kami hari ini sebagai orang seni melihat dari pelbagai sudut. Pandangan saya ialah filem ini (pembikinannya) agak amatur dari segi persembahannya, dan sebaik-baiknya ditonjolkan dari aspek lain. Sebab kami selalu melihat filem dokumentari, jarang dalam bentuk ini di mana tulisannya dipamerkan sebegitu, dan tidak dibuat naratifnya.

S: Adakah Datuk suka atau tidak?
Dr Rais: Biarlah saya tidak menjawab soalan ini, kerana sudah ada orang yang sudah amat kecewa. Saya sebagai Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, saya melihatnya dari aspek kreativiti dan saya sudah jelaskan hal ini tadi. Saya tidak berada dalam soal keselamatan, kerana tidak berada pada kedudukan itu untuk mengulas perkara itu. Saya melihat dari aspek sinematografinya, tetapi rakan-rakan saya mungkin melihat dari sudut lain.

S: Apa pendapat Datuk Seri mengenai fakta dan kajian dalam filem ini sudah memadai?
Dr Rais: Seperti saya katakan tadi semua ayat dipamerkan di dalamnya tidak berbeza daripada buku yang disahkan jualannya di kedai buku, tetapi interpretasi sesuatu pihak itu terserahlah kepada mereka untuk pengetahuan dan sebarannya. Dalam buku yang dijual mengenai sejarah Chin Peng, semua fakta itu sudah ada, tidak ada sesuatu yang ganjil yang tampak di layar perak. Cuma saya menyatakan tadi dari sudut sinematografinya ia tidak berada di tahap yang sentiasa kita lihat, yang selalu boleh kita tonton.

S: Bagaimana pandangan Datuk Seri filem ini tidak membabitkan orang lain seperti bekas polis atau tentera yang menentang komunis?
Dr Rais: Kritikan boleh dikemukakan banyak. Dan masyarakat tertentu tidak dimasukkan di dalam (filem LKT). Apabila kita melihat sesuatu filem, banyak faktor harus kita sebut, banyak data perlu kita sentuh, tapi sudut saya bukan untuk menentukan apa patut ada dalam filem itu. Sudut kami ialah sudut dari segi sinematografi.

S: Kenapa ramai Ahli Parlimen tak datang hari ini?
Dr Rais: Itu saya tidak dapat jawab. Sebab mereka ada menjawab 20 orang ingin datang, tapi akhirnya tidak ramai. Tapi semua parti ada wakil masing-masing.

S: Adakah Datuk Seri berpendapat LKT diharamkan sebab sensitiviti kandungannya atau pasal Chin Peng itu sendiri?
Dr Rais: Sensitiviti dalam erti kata depeksi (memberi gambaran) tidak menyeluruh. Hanya satu-satu masyarakat, satu-satu pihak ditonjol. Jadi pada saya filem ini tidaklah begitu penting sebagai satu kontroversi. Itu boleh saya katakan. Tetapi mungkin saja tidak melihat aspek keselamatan atau kemungkinan keselamatan, yang itu boleh ditanya kepada pihak berkuasa, tetapi dari segi seninya saya dapati filem ini kurang nampak menarik.

S: Di Singapura filem ini ditayangkan tanpa potongan.
Dr Rais: Tahap keterbukaan kita memang boleh diperdebatkan. Tapi ia bukan bermakna kalau Singapura luluskan filem ini, kita pun luluskan juga. Kita tidak bolehlah ikut macam itu.

S: Pendapat tidak boleh ditayangkan kerana kebetulan Chin Peng menyaman kerajaan Malaysia. Apa pendapat Datuk Seri?
Dr Rais: Kemungkinan itu ada. Saya tidak nafikan. Jadi masanya tidak kena, atau jadualnya tidak kena. Persoalan yang timbul bagi kebanyakan pihak, bahawa LPF sudah meluluskannya dulu. Itu yang jadi isu pertama.

S: Datuk Seri akan membantu produser dan pengarah filem ini membuat rayuan kepada LPF?
Dr Rais
: Itu bukan tugas kita. Saya akan buat penelitian, penilaian sinematografi, tema, wawancara, fotografi, scene (babak) tetapi tidak membuat apa-apa cadangan. Dari kementerian saya, isunya dari segi seni budaya. Itu yang menjadi isu kepada kami. Tapi nak gunakan kami sebagai batu loncatan, itu tidak timbul!

S: Dari segi seni, penyampaian, apa yang mesti ada?
Dr Rais
: Keadilan mesti wujud. Kalau di interview orang ini, orang ini pun perlu diinterview juga. Bila itu tidak berlaku, kementerian ini tidak boleh diamkan saja dan menyokong.