In need to find something?
Custom Search
Related Posts with Thumbnails

Friday, May 19, 2006

myAsylum nominates Akmal Abdullah as new FINAS Director General

Technorati tags: , ,

In his weekly column Epilog in Berita Harian, Malaysia's foremost arts fascist critic, Akmal Abdullah, wrote about who should take over the now vacant post of FINAS (Malaysian Film Development Authority) Director General, after the resignation of Hj. Fauzi Ayob last Monday (according to Akmal's column).

If we had the power to do so, myAsylum would nominate Akmal himself. Why? Well, this post explains it all, not in Walski's words, but mainly through an excerpt of what el Fascismo wrote (translation and emphasis by myAsylum), jumping to the gist of what he has to say:

Beberapa siri kontroversi yang berlaku dalam Finas dan perfileman negara sejak kebelakangan ini harus menjadi perhatian pengurusan di agensi itu untuk memulihkan keyakinan warga filem serta masyarakat bahawa Finas adalah satu amanah besar untuk memartabatkan maruah filem nasional. Finas menjadi imej kepada pembinaan industri filem yang berhemah mengikut acuan, wajah dan kehendak Malaysia. Ia seharusnya merangsang pertumbuhan sahsiah dan jatidiri bangsa. Finas juga harus bertanggungjawab untuk memelihara survival filem Melayu yang kini menjadi teras perfileman nasional.

The recent series of controversies within Finas, and the national film industry, should be the focus of the agency's management, in order that the industry players', as well as society's, confidence in Finas as a body responsible for enhancing the honor of national films, is restored. Finas is the blueprint for building a cultured film industry based on the mould, identity and demands of Malaysia. It (Finas) should furthermore encourage the development of national personality and self-image. Finas must also be responsible for ensuring the survival of Malay films, which form the backbone of the national film industry.

Dalam usia 25 tahun penubuhannya, Finas harus menjadi lebih matang dalam soal mengendalikan dana dan infrastruktur yang diamanahkan terhadapnya, selain mengelak bersekongkol dengan kegiatan yang tidak mencerminkan keperibadian dan nilai murni bangsa sebagaimana beberapa insiden sebelum ini.

Having been established for 25 years, Finas should be more mature in handling the funding and infrastructure that has been entrusted to it, besides avoiding being involved in activities that do not reflect the distinctive character and noble national values, such as with a few recent incidents.

Kita mahukan industri filem Malaysia berkembang mengikut kehendak dan aspirasi nasional, bukannya sekadar menghasilkan kerja kreatif atas nama artistik dan berpegang pada mazhab filem Barat semata-mata yang boleh menyentuh sensitiviti perkauman atau agama di Malaysia. Finas harus menjadi perantara yang bijak untuk mengelak ada unsur memanipulasi kerja kreatif dan kreativiti seni tetapi di sebaliknya tersirat agenda protes sosial, tentangan politik, perosak budaya, mengelirukan hukum agama dan mempromosikan pemikiran liberal melampau yang tidak boleh diterima majoriti rakyat Malaysia.

We want the Malaysian film industry to develop according to national demands and aspirations, and not just produce creative work solely for arts' sake and not totally mimic film movements of the West, which can ignite racial or religious sensitivities in Malaysia. Finas should be an intelligent intermediary to avoid elements manipulating creative works and artistic creativity to promote hidden agendas of social and political protest, cultural demolition, confusing religious dictates, and promotion of extreme liberal thinking, which is unacceptable to the majority of Malaysians.

Akmal goes on to propose a few people (of course, from a certain ethnicity ONLY) whom he feels are qualified for the job. The last line of his weekly feature underlines his obsession with keeping culture static:

Kata orang, seni filem kalau disalahgunakan akan merosakkan maruah bangsa dan negara

As people say, the art of film, if misused, will destroy the honor of race and nation.

Whose nation, Akmal? And who are these mysterious "people" you keep referring to? Malaysia is Walski's nation too, and God forbid that it should become the myopic, fascist and retarded nation you are so hell-bent on as your ideal. (The original aricle (in Malay) can be found at the end of the post.)

Well, based on his know-it-all verbal diarrhoea above, Walski thinks that there is no better person to head Finas than Akmal Abdullah himself. Here are myAsylum's Top 10 Reasons why Akmal may want to consider the nomination seriously - drumroll, please. (in the full post)

10. Golden opportunity to ensure that Malay films are made to his (and his masters') liking

9. To eradicate, once and for all, creativity which is so damaging to our culture

8. To eradicate any form of liberal ideas from tainting Malaysian cinema

7. To finally realize his life-long dream of Cumi dan Ciki: The Movie

6. Today Finas , tomorrow - global domination!

5. So that Malaysian history can be rewritten through film

4. No Erra Fazira, no script approval

3. Ability to restore Malay films to their 1960's slapstick, moralizing, and nation-building glory

2. Globalization? Not on my watch

And the Number 1 reason why Akmal Abdullah should be the next Finas Director General....

To promote Malay films as the champion of cinematic mediocrity

Since, with Akmal being the Finas DG, the sensitivities of those-who-must-be-appeased will be handled with kid gloves, he should really seriously consider nominating himself.

Besides, Akmal knows it all anyway; how to keep the Malay Malaysian film industry pristine, pure, and bereft of any reason for Walski to ever watch their produce, this also serves as a golden opportunity for him to shoo away any aspiring trouble film maker that dares offend his sensibilities. Go to Singapore, you worthless heathens. Don't peddle your trash here in my film industry.

Now, Akmal, wouldn't that just be the perfect cum-dream cum true?

Epilogue: Full text of Akmal's column (in Malay) below:

Epilog: Ketua Pengarah Finas baru patut jaga imej kerajaan
Oleh Akmal Abdullah


SEJAK Isnin lalu, Fauzi Ayob, sudah berhenti memegang jawatan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). Dia sudah balik ke tempat kerja lamanya di Matrade dan desas-desus mengenai dia akan terus kekal memegang jawatan itu nampaknya tidak benar.

Kini, jawatan itu sudah kosong. Fauzi menjadi Ketua Pengarah Finas paling pendek berkhidmat atas nama jawatan itu dan peletakan jawatannya dikatakan ada kaitan dengan tekanan pihak atasan kementerian berkaitan yang dihadapinya selama hampir enam bulan berkhidmat dalam agensi perfileman nasional itu.

Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan sebelum ini dikatakan memujuk beliau supaya meneruskan khidmatnya di situ. Fauzi pada mulanya berminat dan mempertimbangkan untuk memegang jawatan itu. Namun, atas faktor lain mungkin beliau ‘tidak makan pujuk’ dan tetap dengan pendiriannya untuk tidak mahu lagi memegang jawatan itu. Kita hargai sumbangan Fauzi walaupun dalam tempoh singkat tetapi ada hasilnya juga sepanjang dia berada di Finas.

Peluang Fauzi kembali ke Finas bergantung pada situasi dan perkembangan semasa. Khabarnya dia masih berminat tetapi berikutan jawatan itu hanya sekadar kontrak, menyebabkan beliau ‘kurang selesa’. Jika perubahan pada sistem perjawatan diubahsuai, kebarangkalian Fauzi kembali di situ tetap ada. Apapun, kita lupakan dulu episod Fauzi.

Kini, siapa Ketua Pengarah Finas baru sedang menjadi buah mulut warga filem. Ramai yang menanti penuh suspen siapa bakal duduk di kerusi panas itu. Ada beberapa individu khabarnya menghantar resume untuk mengisi jawatan itu. Entah, siapa yang akan dapat kita tidak pasti.

Kita tidak kisah siapa yang bakal menduduki kerusi itu selepas Fauzi. Paling penting, ialah fungsi Finas sendiri harus mempunyai hala tuju jelas dalam mengangkat imej filem nasional berteraskan semangat jati diri dan imej Malaysia. Kita mahu Ketua Pengarah Finas baru nanti seorang yang rasional, tahu menjaga imej kerajaan dan negara selain mementingkan kehendak masyarakat dalam membawa filem nasional ke tahap yang dikehendaki.

Beberapa siri kontroversi yang berlaku dalam Finas dan perfileman negara sejak kebelakangan ini harus menjadi perhatian pengurusan di agensi itu untuk memulihkan keyakinan warga filem serta masyarakat bahawa Finas adalah satu amanah besar untuk memartabatkan maruah filem nasional. Finas menjadi imej kepada pembinaan industri filem yang berhemah mengikut acuan, wajah dan kehendak Malaysia. Ia seharusnya merangsang pertumbuhan sahsiah dan jatidiri bangsa. Finas juga harus bertanggungjawab untuk memelihara survival filem Melayu yang kini menjadi teras perfileman nasional.

Dalam usia 25 tahun penubuhannya, Finas harus menjadi lebih matang dalam soal mengendalikan dana dan infrastruktur yang diamanahkan terhadapnya, selain mengelak bersekongkol dengan kegiatan yang tidak mencerminkan keperibadian dan nilai murni bangsa sebagaimana beberapa insiden sebelum ini.

Kita mahukan industri filem Malaysia berkembang mengikut kehendak dan aspirasi nasional, bukannya sekadar menghasilkan kerja kreatif atas nama artistik dan berpegang pada mazhab filem Barat semata-mata yang boleh menyentuh sensitiviti perkauman atau agama di Malaysia. Finas harus menjadi perantara yang bijak untuk mengelak ada unsur memanipulasi kerja kreatif dan kreativiti seni tetapi di sebaliknya tersirat agenda protes sosial, tentangan politik, perosak budaya, mengelirukan hukum agama dan mempromosikan pemikiran liberal melampau yang tidak boleh diterima majoriti rakyat Malaysia.

Berbalik pada jawatan Ketua Pengarah Finas, kita melihat ada beberapa nama sesuai yang boleh menggantikan Fauzi. Antara individu yang rasanya boleh menerajui jawatan itu seperti Dr Anuar Nor Arai, Dr Abu Hassan Hasbullah, Dr Mahadi J Murat, mahupun Dr Samat Salleh, Dr Wan Zawawi atau Dr Hatta Azad Khan. Malah, Dr Asiah Sarji atau Dr Naim Ahmad juga barangkali mungkin sesuai untuk dicalonkan ke jawatan itu.

Namun, berdasarkan pengalaman dalam pengurusan seni dan budaya, rasionalisasi dan reputasi, kita rasakan orang paling sesuai ialah Ketua Pengarah Balai Seni Lukis Negara sekarang, Dr Shahrudin Ismail yang dilihat mempunyai kecenderungan baik terhadap seni filem, selain pengalaman meluas dalam pentadbiran di kementerian berkaitan dan pengurusan produk seni. Itu pun kalau Dr Shahrudin berminat!

Sesiapa pun calonnya nanti yang dipilih Datuk Seri Dr Rais Yatim untuk jawatan Ketua Pengarah Finas yang baru, ialah individu itu harus daripada kalangan yang ada ketahanan kuat dari segi semangat, fizikal, mental dan kebijaksanaan dalam menghadapi sepak terajang industri filem Malaysia yang banyak ragam, banyak kerenahnya. Orang itu mestilah rasional dan ada pegangan murni untuk menjaga maruah filem nasional.

Kata orang, seni filem kalau disalahgunakan akan merosakkan maruah bangsa dan negara