Akmal Abdullah's Propaganda accuses Amir Muhammad's LKT of propaganda
Technorati tags: Malaysia, Film, Akmal Abdullah, Journalism, Myopia
You might find it ironic that the picture above comes with a post commenting something written in Berita Harian. Well, life has it's ironies, and NO - Walski did not purchase a copy.
Akmal "He Who Rules the Malay Entertainment Media" Abdullah wrote yesterday, re-iterating how correct all parties were in revoking the Censorship Board's approval of Lelaki Komunis Terakhir - what a lame brownnoser. Yes, Akmal, we know that the religion of your mediocrity has to be spread so that the rest of the world becomes as myopic and chauvinistic as you are.
You're probably gloating now, aren't you? See how powerful I am! I rule the Malay mind through my superflous crap journalistic excellence.
For those of you who can read Malay, the full article can be found at the end of this post.
It is becoming clear that there is a chauvinistic Malay agenda behind the smokescreening and obfuscation surrounding Lelaki Komunis Terakhir being banned, despite approval from the Censorship Board.
In his article on Thursday, Akmal "Savior of the Malay race" Abdullah managed to rope in two film authorities to lambast the film. His angle now is to position the film as Communist propaganda.
The first is Senator Datuk Jins Shamsudin, famed actor and director, who is also Director of Finas (Malaysian Film Development Authority).
“Saya sendiri selepas menonton filem ini, didapati banyak percanggahan boleh dipertikaikan. Sesuatu yang saya tidak setuju ialah teks pada skrin mengulas mengenai perjuangan Chin Peng dan pergerakan PKM tetapi kenapa mengambil visual zaman sekarang yang tidak relevan dengan zaman Chin Peng. Di sini, ada kekeliruan.
Sebab itu kita dapati tidak hairan isi filem ini macam berbau propaganda. Dokumentari harus berdiri atas fakta sebenar dan merujuk kepada catatan sejarah yang benar dan seimbang. Sebagai orang filem, saya berpendapat dokumentari ini sepatutnya juga memberikan ruang kepada beberapa sektor lain jika memperkatakan aspek sejarah sebelum merdeka."
"After viewing the film myself, I've found discrepencies that can be challenged. One thing I don't agree with is the on-screen text that talks about Chin Peng and the CPM (Communist Party of Malaya) movement being put up against visuals of the present, which are not relevant to the time of Chin Peng.
That is why we are not surprised the contents of the film borders on propaganda. A documentary must stand on the real facts and refer to real and balanced historical records. As a film person, my opinion is that this documentary should give room to other sectors if it talks about history before independence."
The good Datuk is confused. To begin with, the film is not a journalistic documentary in a traditional sense. And, with all due respect, only a total moron would see the said narrative text on visuals not related to the time as propaganda.
A balanced journalistic documentary should, of course, look at as many angles of an issue or topic as possible. But this is not a journalism piece, get it? And how many documentaries has Jins Shamsuddin made? According to IMDB (the Internet Movie DataBase), none whatsoever. Bukit Kepong does not count - it is a dramatization of a tragic event during the Communist insurgency, not a documentary.
Another Malaysian film authority that gets used in Akmal "feel my power" Abdullah in Thursday's article is Syed Mohamed Hassan Benyahya, President of the Film Industry Workers Association (PPFM). This is the same organization featured in the series of articles contributing to the film being banned.
“Amir sudah salah gunakan karya seni untuk propaganda kepada sudut tidak seharusnya ditonjol untuk rakyat Malaysia. LKT secara terang memang ada unsur propaganda dan ia menjurus kepada sebelah pihak iaitu Ching Peng dan Parti Komunis Malaya (PKM), iaitu pertubuhan yang diharamkan kerana keganasan."
"Amir has misused art to create propaganda from an angle that should not be seen by Malaysians. LKT clearly has elements of propaganda and is one-sided towards one party, that is Chin Peng and the Communist Party of Malaya, which is an organization that has been banned because of violence."
There is quite a bit more crap that Akmal's partner in crime spouts. To paraphrase and condense: the film contains right-wing communist propaganda that can influence the younger generation.
Yes, influence the younger generation so that they don't become stupid, myopic and chauvinistic like you.
The rest of the verbal diarrhoea that the PPFM president spews also seems very contrived, and almost scripted.
The bottom line is this: Akmal Abdullah has successfully pulled off his own campaign of propaganda, and will stop at nothing until Lelaki Komunis Terakhir is dead and burried - literally.
So, the picture at the beginning of the post shouldn't be ironic anymore.
(full BH article in the full post)
Finas, PPFM sokong LKT diharamkan
Oleh Akmal Abdullah
PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Persatuan Pekerja Filem Malaysia (PPFM) bersetuju kerajaan menarik balik kelulusan tayangan Lelaki Komunis Terakhir (LKT) arahan Amir Muhammad kerana dokumentari itu dilihat tidak benar dari segi fakta sejarah Malaysia.
Wakil dua pihak terbabit yang turut sama menonton filem itu pada sesi tayangan sulit di Pawagam Mini P Ramlee, Kompleks Studio Merdeka Hulu Klang, Ahad lalu, juga kecewa kerana mutu produksi filem itu tidak sehebat mana sebagaimana digembar-gemburkan sehingga dibawa ke festival filem luar negara.
Pengerusi Finas, Senator Datuk Jins Shamsudin, berkata penghasilan produksi LKT tidak profesional dan banyak yang boleh dipertikaikan dari segi isi kandungannya sebagai sebuah dokumentari yang mengulas mengenai sejarah perjuangan dan kemerdekaan di Malaysia.
“Kita di Finas juga mendapat salinan laporan polis mengenai kandungan dalam filem ini yang dianggap berbahaya kerana beberapa faktor. Sudah tentu pihak polis melihatnya dari sudut keselamatan negara dan kita tidak boleh pertikaikan. Ada orang hanya tengok sebagai filem saja.
“Saya sendiri selepas menonton filem ini, didapati banyak percanggahan boleh dipertikaikan. Sesuatu yang saya tidak setuju ialah teks pada skrin mengulas mengenai perjuangan Chin Peng dan pergerakan PKM tetapi kenapa mengambil visual zaman sekarang yang tidak relevan dengan zaman Chin Peng. Di sini, ada kekeliruan.
“Sebab itu kita dapati tidak hairan isi filem ini macam berbau propaganda. Dokumentari harus berdiri atas fakta sebenar dan merujuk kepada catatan sejarah yang benar dan seimbang. Sebagai orang filem, saya berpendapat dokumentari ini sepatutnya juga memberikan ruang kepada beberapa sektor lain jika memperkatakan aspek sejarah sebelum merdeka.
“Filem ini masih ada kelonggaran, ada bidang lain, orang lain yang harus ditemui untuk mendapatkan gambaran lebih jelas. Mereka yang menonjol dan berada di baris hadapan zaman Darurat juga harus dipaparkan, mereka ini juga harus ditemubual,” katanya kepada Hip.
Jins yang berpengalaman hampir 50 tahun dalam industri filem Malaysia kerap dijemput menjadi panel juri di festival filem luar negara, selain menghadiri acara filem di peringkat antarabangsa.
“Memanglah pada masa ini, ada banyak festival di luar negara. Ada lebih 350 festival filem dibuat di seluruh dunia. Sekarang hendak sertai festival luar pun bukannya susah dan ada juga festival yang lebih suka bertumpu kepada isi cerita yang menentang arus,” katanya.
Presiden Persatuan Pekerja Filem Malaysia (PPFM) Syed Mohamed Hassan Benyahya, yang turut berpeluang menonton LKT mengaku terkejut dengan isi LKT yang dibuat secara psikologi tetapi menjurus kepada unsur propaganda Chin Peng dan PKM.
“Ia bukan sikit tetapi banyak. Mereka yang faham bahasa filem akan dapat menilai bahawa LKT memang ada propaganda PKM. PPFM setuju filem ini diharamkan dan tidak perlu dinilai semula. Kita tidak perlu melayan kepada desakan pihak yang tidak peka pada sejarah bangsa Malaysia.
“PPFM akan akan menghantar satu surat usul membantah penayangan filem itu. PPFM mengambil tanggungjawab untuk kepentingan seni itu sendiri yang tidak seharusnya diguna mengikut sesuka hati dan tidak bertanggungjawab kepada kepentingan bangsa dan negara.
“Tidak salah berkarya apa saja tetapi jangan ambil isu sensitif dan menaikkan diri yang bersifat keterbukaan tetapi sebenarnya pengarah dokumentari ini tidak terbuka kerana tidak melihat aspek lain sama berkaitan realiti sebenar sejarah Malaysia.
“Amir sudah salah gunakan karya seni untuk propaganda kepada sudut tidak seharusnya ditonjol untuk rakyat Malaysia. LKT secara terang memang ada unsur propaganda dan ia menjurus kepada sebelah pihak iaitu Ching Peng dan Parti Komunis Malaya (PKM), iaitu pertubuhan yang dihatramkan kerana keganasan.
“LKT jika ditayangkan akan dijadikan bahan untuk generasi muda kerana ia boleh menanamkan rasa bangga pada Chin Peng dan PKM. Ia menghala ke arah berhaluan kiri kerana ada unsur ideologi komunisme yang tidak boleh diwujudkan di Malaysia, selain lagu yang dipapar secara patriotik adalah lagu melambangkan secara halus perjuangan PKM.
‘’Jika diteliti dalam LKT, kita boleh menilai ia bukan dokumentari sejarah sebenar tetapi ia adalah risalah propaganda PKM yang dibuat dalam bentuk visual format VCD. Amir nakal dalam kerjanya sebagai pengkarya seni. Sebagai pengkarya dan rakyat Malaysia, dia tidak peka dengan sejarah dan kenegaraan Malaysia.
“Elemen lain yang saya nampak dalam LKT, ia cuba mempengaruhi penonton generasi muda supaya jangan memandang PKM sebagai musuh negara dan penonton yang tidak jelas menegnai perjuangan kemerdekaan, mereka ini akan mudah terpesong. Inilah yang mengelirukan,” kata Syed Mohamed.
Beliau juga mempertikai LKT yang ditayangkan di festival luar negara kerana dokumentari itu tidak memberi gambaran sebenar mengenai sejarah Malaysia dan perjuangan menuntut kemerdekaan negara.
“Orang luar yang tengok LKT dan tidak tahu sejarah kita, mereka tidak akan rasa apa-apa dan tentu dia anggap PKM sebagai pejuang nasionalis. Jika penonton kita peka dengan sejarah Malaysia kita tahu apa motif LKT. Warna yang dipapar dalam LKT adalah kontra iaitu simbol merah yang menjurus komunisme.
“Unsur komedi dalam LKT memang itu strategi kerana ia kini sudah jadi satu taktik propaganda. Di sini, Amir berjaya mempengaruhi minda penonton yang akan menganggap ia sekadar hiburan tetapi corak hiburan itu yang mempengaruhi pemikiran generasi muda,” katanya.
Semalam, akhbar ini melaporkan kenyataan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad yang mengekalkan keputusan pengharaman terhadap LKT sebagaimana dibuat pada 5 Mei lalu.
Katanya, tiada perubahan dalam keputusan yang dibuatnya pada 5 Mei lalu untuk membatalkan kelulusan LPF berikutan bantahan pelbagai pihak termasuk veteran Umno, Persatuan Bekas tentera Malaysia dan Persatuan Bekas Polis Malaysia.
“Seperti yang saya katakan sebelum ini, keputusan itu kekal,” kata Radzi.